Blog EntryRich Chocolate Moist CakeJul 23, '07 8:22 PM
for everyone

Semalam try resepi kek coklat ni, amik resepi ni dr forum diana sumbangan dari Kak Hannah,hasilnya mmg amat memuaskan wlupun guna byk step, bahan-bahan pun senang nak dpt. dah lama tak makan kek coklat ni lagipun sesekali makan kek apa salahnya, kena jaga-jaga gak sbb kek mengandungi byk kalori. pada sesapa yang nak cuba diipersilakan dan pasti takkan menyesal dgn hasilnya..: )

RICH CHOCOLATE MOIST CAKE -

6 oz butter (170.1gm)
14 oz gula castor (396.9 gm) - kakros guna 250gram je

3 biji telur ayam

BAHAN2 INI DIBANCUH BERSAMA:

1 sudu teh NESCAFE
1 sudu teh air panas
1 sudu teh esen vanila - boleh tukar vanila kepada lemon / orange
1 sudu teh chocolate EMULCO -  atau guna coklat paste yg letak kt roti tu je..hehehe

BAHAN2 INI DI AYAK BERSAMA:

8 oz tepung HIGH PROTEIN (226 gm) - boleh juga guna tepung gandum
2 1/4 oz serbuk koko (63.8 gm) - guna yg non branded untuk warna kek yg kehitaman
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh soda bicarbonate
1 1/2 sudu teh baking powder

7 oz air sejuk - air dlm peti ais (lebih kurang 190ml air)


CARA MEMBUATNYA:

GUNA MIXER FULL SPEED:

1. Pukul mentega dengan gula sehingga kembang.

2. Masukkan telur satu persatu.

3. Masukkan campuran NESCAFE dan esen2.

PERINGKAT SETERUSNYA INI, SILA GUNAKAN SPATULA ATAU WHISKER - JGN GUNA MIXER LAGI (tu yg menyebabkan kek berkawah sebab kek berat, bila pukul laju2 dia merajuk..)

4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan - KACAU PERLAHAN2 - SATU ARAH SAHAJA SAMPAI TEPUNG HILANG DARI PANDANGAN..
5. Masukkan air sejuk sedikit2 sambil di gaul perlahan2

6. Bakar dalam loyang 9" persegi dengan suhu 170C selama 50-60 minit.
ATAU
kukus - tutup loyang dgn aluminium foil - guna api biasa.. selama 1 1/2 jam..




yanimadon wrote on Jul 23, '07
uhhh..tabetai naaa
fahimfudhail wrote on Nov 26, '07
ini malam kl rajin ateh nak wat kek ni plak!.. saje nak try, kalo jadik nak wat lagi ari sabtu ni nak bagi org... pastu ateh post kat blog k...
Add a Comment
   
© 2008 Multiply, Inc.    About · Blog · Terms · Privacy · Corp Info · Contact Us · Help

Template design - Copyright © 2005 Bernd Willenberg