Setelah sekian lama berehat dr buat eksperimen kt dapur tu...Hari ni bermula lah satu lagi kajian masakan...Guna ape yang ade aje kt dapur tu dan paling penting tidak menggunakan banyak tenaga utk membuatnya...Puding Roti...lama dah tak makan...lepas tu nampak pulak Apple dlm peti ais ape lagi...gunakanlah kreativiti sendiri mencampur adukkan semua bahan tu dan hasilnya amat menggembirakan sebab puding roti ni ade rasa yang tersendiri dan diperkayakan lagi dengan aroma Apple, Raisin, dan Cinamon Powder...Klu ade masa dan cukup bahan tu sila lah cuba resepi ni ya...: )..
Bahan-bahanya
4 Keping roti+1 cwn susu (rendam dan hancurkan)
1 biji epal ( 1/2 blender sampai hancur, 1/2 lagi hiris nipis)
1 biji telur
2 s/b gula
1/2 s/k cinamon powder (serbuk kulit kayu manis)
sedikit Raisin
1/2 s/k baking powder
Caranya-
rendam dan hancurkan roti didalam susu tadi, kemudian masukkan telur, gula, baking powder, raisin, Apple yang diblender dan cinamon powder. kacau sebati. curahkan separuh adunan tadi dlm loyang tak kisahlah bulat ke petak ke dan aturkan hirisan epal diatasnya dan curahkan lagi baki adunan dan ulang langkah di atas, kiranya dua lapisan lah..bakar pada suhu 180`c selama 40 minit atau agak2 dah perang dah atas dia tu leh lah angkat, sedap dimakan begitu saja ataupun dengan sos kastard atau aiskrim di atasnya. Selamat Mencuba....

