Kelmarin buat Resepi Kuih Donut Sifu Suria dr Forum resepi diana..cuma saya tambah satu lagi bahan iaitu sebiji telur..air pun tak habiskan 200 ml tu sbb ikut keadan doh lah..kang terlembik sangat pulak, lepas siap diuli kena perap dlm satu jam pastu baru dibentuk bulat-bulat dan isikan lah inti dia dgn slice cheese. biarkan naik 2 kali ganda baru goreng..sebelum goreng coating dgn telur dan serbuk roti dulu..baru lah rangup n sedap dimakan. klu nak buat donut seperti biasa bentuklah serperti tayar tu hehehe...tak pun buat je donut ball...
Bahan-bahanya..
DONUT SIFU SURIA
Sumber: Sifu Suria
Bahan A
3 cawan tepung
3 sudu besar tepung susu
3 sudu besar shortening ( ganti marjerin pun leh gak)
3 sudu besar gula pasir halus
Bahan B:
200 ml air suam*
2 sudu the instant yeast*
20 ml air - sebagai tambahan jika perlu - tambah 1 biji telur klu nak lah..itu ikut selera masing-masing.
caranya- masukkan semua bahan dlm mangkuk adunan dan uli sehingga tepung tak melekat pada tangan dan hingga permukaan doh licin. langkah seterusnya leh ikut seperti yang tulis kt atas tu..ye...slmt mencuba...hasilnya teramatlah lembut..
