Resepi ni ros amik dari buku resepi mixer braun tu, resepi ala barat , bagi ros sedap dan rasa nye cukup rich dengan campuran epal tu, ade kelainan rasa yang tersendiri, resepi pun sihat sebab tak gunakan minyak dan tak perlu menggoreng, terus bakar je, sedap dimakan begitu sahaja ataupun dijadikan lauk dan sesuai juga sebagai menu bbq. Resepi leh rujuk kat bawah ni ye.

Sebenarnya resepi ni suruh letah taburan daun thymes, tapi hari tu takde stok, so ros tak letaklah, agaknye kalau letak sure lagi wangi ni..heheheehe

Bahan-bahanye
8 ketul kepak ayam
2 biji bawang putih
1/2 biji epal
2 sudu besar madu
1/4 biji bawang besar
2 sudu besar tomato ketchup
1 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
dan sedikit lada sulah
bahan taburan
beberapa daun thymes ( disiat kasar atau potong kasar)
Caranya
1. Blender semua bahan kecuali daun thymes dan perap pada ayam selama lebih kurang 1 jam atau lebih, sebelum dibakar taburkan daun thymes dan bakar pada suhu 180 atau 200 darjah selama 40 minit ataupun sehingga permukaan kepak ayam menjadi perang dan garing. angkat dan hidangkan panas-panas. selamat mencuba.


- mungkin dua tiga hari ni takde entry kot, sebabnya sibuk ngan tetamu yang akan datang berkunjung ke rumah, lagipun cik abe ku dah start cuti musim panas..so kejenye berjalan jelah heheeheh...ittekimasu...jumpe minggu depan ye...slmt bercuti buat semua
