Melihat file tiket yang berada di atas meja, perasaan sekarang sukar digambarkan, takut, sedih, gembira semua ade....kali ni Ummi dan damia akan pulang selama lebih kurang 5 bulan, insyaAllah lepas Hari Raya Aidilfitri baru pulang ke Tokyo balik...
Perasaan kali ini agak berlainan sikit, yelah kan sbb balik nak bersalin baby, mestilah teringat sakit getir melahirkan, lagipun masa tu nnt abang takde di sisi, moga akan dipermudahkan semua urusan, tp bila ingat nak jumpe keluarga yang sudah setahun setengah tak jumpe hati kembali gembira, namun sedih jika terkenangkan abang yang akan menjalani hidup sendiri nnt.
makanan frozen untuk abang pun dah byk disiapkan, ade nugget ayam, ayam salut tepung, rendang daging, opor daging, sate ayam, kuah kacang, semua telah disimpan rapi didalam tempat sejuk beku tu, harap boleh lah membantu seminggu dua masa ketiadaan kami nnt. Tapi InsyaAllah bulan 7 nnt abang akan pulang menjenguk kami anak beranak selepas mendapat berita kelahiran baby kedua kami nnt.
13hb Mei bersamaan hari selasa kami akan berlepas ke tanah air dan setelah tiba di KLIA, kami akan berlepas pula ke Kuala Terengganu pada hari yang same, duduk Terengganu sampai sabtu dan akan terus pulang ke Kampung Negeri Sembilan pula. Moga Damia di dalam kapalterbang nnt tak meragam sangat dan semoga kami selamat tiba ke Malaysia.
Pada kawan-kawan yang mendoakan keselamatan kami, kami ucapkan ribuan terima kasih, semoga kita berjumpa di lain masa, tunggu kami pulang ke Tokyo bulan October nnt bersama ahli keluraga baru kami...Salam Sayonara dari Ros dan Damia....
