Sempena Golden Week ni, kami jalan-jalan area tokyo aja, gi Akihabara cari omiyage (buahtangan) untuk org Malaysia, lepas tu hari berikut nya pergi Lalapot sbb ade Wan Wan datang, Wan Wan ni adalah karektor rancangan kanak-kanak NHK yang diminati ramai. Damia suke sangat-sangat, sampai-sampai je ramai dah org kt pentas tu, apa lagi terpaksa lah abah dukung damia kt bahu, sebab kesian tak nampak lak Wan Wan tu nnt.
Damia tgk sambil tepuk tangan n tiru aksi Wan Wan tu, nampak gembira betul. Lepas tu terus balik lah, hajat nak menjamu selera pun dibatalkan sbb terlampu ramai org...Golden Week ni klu pergi mane-mane pun penuh orang, baik dok umah je...hehehehee
13hb Mei ni Ummi dan Damia akan berangkat pulang ke Tanah Air, semoga dipermudahkan semua urusan, kesian jugak ngan abang sbb kena hidup bujang balik, dan paling penting harap Damia tak demam lah rindu kt Abah dia ni...

