Semalam dinner buat Rojak Mamak, siap dengan sotong goreng tepung sekali, sesekali melayan selera apa salahnya. kt bawah ni ade resepi nye.
Sotong Goreng Tepung
Beberapa Sotong saiz sederhana
4 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar tepung beras (boleh diganti dgn tepung jagung or tepung kentang)
1 sudu kecil serbuk kari
garam
lada sulah
1 sudu kecil baking powder
Mula-mula potong sotong bentuk ring, rebus separuh masuk, step ni penting utk mengelakkan sotong meletup apabila digoreng nanti. kemudian toskan dan gaul dengan lada sulah. buat adunan batter, satukan tepung gandum, tepung beras, serbuk kari, baking powder dan garam, gaul rata dan masukkan air, pastikan jgn terlalu cair, mcm batter nak goreng pisang. Celupkan sotong tadi dan goreng hingga perang dan jangan terlalu lama kerana sotong tadikan dan separuh masak. makan panas-panas dan cicah dengan sos cili, mmg terangkatlah...
selamat mencuba.

