Blog EntryRoti Sosej Berpintal..Damia Cyan...Mar 11, '08 7:11 AM
for everyone

Hari ni terlebih rajin pulak, tgk kt dlm peti ais ade sosej n mix vegetable so apa lagi bukak buku resepi roti n buatlah, lg pun sebenarnya lama dah nak buat asyik tertangguh je, sementara damia tido tu, boleh mulakan misi.....

Resepi ni saya olah sikit dan campur 4 sudu besar tepong wholemeal, so baik utk kesihatan dan byk serat. pastu agak-agak lah bila menguli tu, klu rasa cam keras sikit leh letak air, biar senang proses menguli nnt, ikut citarasa masing-masing lah nak plain ataupun ikut cara saya tu.

Resepi Roti Sosej Berpintal

200 gram tepung roti

4 sudu besar tepung wholemeal

4 gram Dry Yeast atau Yis Mauripan

100 ml air suam

1 sudu kecil garam

1 sudu besar gula

20 gram marjerin atau butter

sedikit pelembut roti atau bread conditioner

beberap sosej yg telah direbus

 sedikit mix vegetable

sos cili dan mayonis utk topping

1.Campurkan tepung, yis, garam, gula kedlm mangkuk besar.
2.Buat lubang di tengah2nya tuangkan mentega dan air.
3.Gaul tepung tadi sehingga menjadi doh yg lembut
4.Uli selama 10-15 minit sehingga doh menjadi licin dan elastic.
5.Bulatkan doh kemudian letakkan kedlm mangkuk yg telah dilenser dgn sedikit minyak dan tutup dgn plastic wrap.
6.Letak ditempat yg suam selama 40minti hingga 1 jam atau sehingga doh mengembang 2 kali ganda
7.Potong doh kpd beberapa bahagian dimana setiap bahagian seberat 50 g
8.Taburkan sedikit tepung ditempat mencanai jika perlu kemudian canaikan setiap bahagian doh menjadi btk segiempat (lebar mesti sama dgn panjang sosej)
9.Letak sosej diatasnya kemudian gulung
10.Potong kpd beberapa bahagian yg sama besar tapi jgn putus
11.Twistkan setiap bahagian potongan ke kiri dan kanan berselang seli (spt gambar dibawah)
12.Letakkan di atas dulang yg telah disapu minyak
13.Ulang kesemua doh hingga habis
14. biarkan doh tersbt naik sekali ganda
15.Selepas itu taburkan sayur campur di atas roti sehingga sekata
16.Panaskan oven pd suhu 170'C- 180’C, bakar selama 15 minit kemudian keluarkan dr oven.
17.Apabila masak, paipkan sos tomato atau sos cili jika suka dan mayonis diatasnya
18.Enak dimakan semasa panas, sesuai utk breakfast dan minum ptg.



fahimfudhail wrote on Mar 11
haiyaaaa....lecehnyee buat roti ni ehhh!!!
akma28 wrote on Mar 14
cedapnyerrrrrrrrr...nak buat..alahaiii malehnyerr..hehehe
artieqa wrote on Mar 15
lama x bukak blog kak ros..ari ni rindu pulak. Malam2 ni jadik lapau terlebey2 tgk resipi2 nih...adehh...
zahzara wrote on May 9
assalamualaikum, kalau tak guna bread conditioner tu boleh ganti dgn benda lain tak? first time nak cuba buat roti ni .....
damiacyan wrote on May 9
aa klu kak zahzara takde bread conditioner takpe, first time saya buat pun tak pakai bread contioner tu, tp kena uli lama sikit lah, bg betul betul lembut ye...pastu boleh ikut step kt resepi tu..tu je, good luck ok, klu dah jadi nnt bgtau ye...hihihi
Add a Comment
   
© 2008 Multiply, Inc.    About · Blog · Terms · Privacy · Corp Info · Contact Us · Help

Template design - Copyright © 2005 Bernd Willenberg