Blog EntryMuffin Coklat OreoFeb 13, '08 7:00 PM
for everyone

Semalam lepas dinner dlm pukul 7 malam tak reti nak buat ape, tgk tv pun rancangan tak best, apa lagi gi kt dapur pikir nak buat ape, nampak pulak cupcakes yg beli hari tu, so decide buat muffin coklat untuk damia. Damia pun bila tgk Ummi dia ni keluarkan tepung terus meluru kt meja, nak kacau lah tu

Resepi ni kiranya pakai ape yang ade je, tak guna mixer sbb malas dan tak guna telur pun sbb gabungan baking powder n soda bikarbonat tu pun dah melembutkan kek. lepas tu nampak pulak biskut Oreo damia, cincang kasar dan tambah kan dlm adunan tu, bila makan je terasa lah rangup biskut tu lagi..., Kalau ade masa free tu boleh lah cuba resepi ni, sure anak-anak suke nye....lembut je muffin ni....

Muffin Coklat Oreo Damia Cyan.....

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan gula ( boleh dikurangkan 1/2 cawan gula jika tidak mahu terlalu manis
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1 cawan air suam ( boleh diganti dengan susu segar)
  • 1/2 cawan minyak masak
  • Beberapa titik esen vanila
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu soda bikarbonat
  • 4 keping biskut Oreo dicincang kasar

Cara-cara

  1. Campurkan tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat, serbuk koko dan minyak masak, kacau hingga sebati. ( hanya menggunakan senduk kayu atau spatula)
  2. kemudian larutkan gula didalam air suam tadi dan curahkan dalam mangkuk adunan dan masukkan biskut oreo yang telah dicincang tadi, titik kan sedikit esen vanila serta kacau hingga semua bahan sebati dan tidak berketul.
  3. sendukkan adunan di dalam mangkuk kertas, pastikan adunan kek hanya separuh acuan dan bakar pada suhu 170 darjah selama 15 hingga 20 minit bergantung pada saiz mangkuk kertas.


fahimfudhail wrote on Feb 13
menyelerakan......yummy! tp dulu ateh penah cube choclate muffin tp jadik agak keras la...n rase telor...hehehe.. nmpk cam bantat la.. nape ehh?.. pastu da serik n malas lg nak buat muffin..
damiacyan wrote on Feb 13
klu keras tu mungkin gula n marjerin ateh putar tak hancur, atau ade salah step ke, n mabybe juga klu guna suhu terlalu panas, so muffin jd keras aa, ala ateh klu first time buat tak jadi tu maksudnya kena try lagi aa...try aa resepi ni mane tau jadi..hehehehe
fahimfudhail wrote on Feb 13
haah...mmg nak try la kl ade free time... ko pon tao kan, skang nih bz giler, kat ofis kat umah tak penah abis keje nak buat.... :( penatttt....
Add a Comment
   
© 2008 Multiply, Inc.    About · Blog · Terms · Privacy · Corp Info · Contact Us · Help

Template design - Copyright © 2005 Bernd Willenberg