Blog EntryCinnamon Roll Dec 28, '07 8:45 PM
for everyone

Semalam petang buat roti cinnamon roll, sebenarnya shoku pan kt umah ni dah habis, nak gi kedai maleh sbb kt luar tu bwh 10 darjah, sejukkkk....so decide buat roti sendiri jelah...lgpun damia tgh tido ni...amik kesempatan lah... amik resepi ni dr buku...tak guna breadmaker pun pakai tangan maker je heheehehe , ok ni resepi dia...slmt mencuba....

200 gram tepung roti
4 gram dry yis or yis mauripan ( jgn lupa perap ngan air, tepung n gula sikit ye biar sampai berbuih)
air suam 86ml
1/2 sudu kecil garam
gula 30 gram
butter or marjerin 30 gram
sebiji telur kuning
klu ade pelembut roti leh letak sikit


utk inti
sedikit serbuk cinnamon
2 s/b gula perang klu takde gula putih pun leh
sedikit kismis hitam

1.mula-mula perap lah yis tu dan sediakan bahan yang lain

2.satukan semua bahan dan curahkan yis yg telah diperap tadi

3.uli hingga licin dan perap hingga 2 kali ganda, lebih kurang 60 minit lah...bila dah naik tu, tumbuk2 adunan dan uli sekejap.

4.terap adunan tadi tp jgn nipis lah...terap memanjang bentuk segi empat panjang ...tabur cinamon dan gula biar rata dan akhir sekali tabur kismis hitam, gulung doh tadi hingga jadi selinder panjang

5.selepas itu boleh dipotong 8 bahagian dan atur dlm loyang bulat, biar naik 2 kali ganda baru dibakar pada suhu 180 darjah selama 20 hingga 23 minit ikut keperangan roti tu lah...

6.bila dah angkat tu terus glis ngan butter atas dia, biar berkilat sikit n sejukkan atas redai dan bila sejuk, masukkan dlm plastic dan simpan dlm tuppaware utk mengekalkan kelembutan roti tu ye... tepuk


Add a Comment
   
© 2008 Multiply, Inc.    About · Blog · Terms · Privacy · Corp Info · Contact Us · Help

Template design - Copyright © 2005 Bernd Willenberg