Hari Jumaat lepas Kak Mega dtg rumah dan beri kami ikan pari dan kankung...seronok tak terkata sbb mmg dah lama nak makan ikan pari ni, lagi pun kt supa mmg susah nak jumpa ikan pari dan kankung...so malam tu terus masak asam pedas ikan pari dan kankung goreng belacan....
, amik resepi ni dr forum diana dan hasilnya mmg memuaskan dan aroma lada hitam serta daun kesum menyusuk jiwa...petik daun kesum kt balkoni rumah aje...Alhamdullillah murah rezeki...klu takde kaun kesum ni.tak best aa...asam pedas...
Asam Pedas
Bahan-bahan:
Ikan Pari atau Ikan Tenggiri – potong ikut suke lah jgn kecik sgt
1/2 biji bawang besar -blend
2 ulas bawang putih - blend
cili yang telah diblander(dapat yang digiling lebih sedap)
sedikit halia - blend
Serai – separuh titik, lagi separuh di blend
Lada hitam
sedikit belacan
daun kesum
Air asam jawa
garam secukup rasa
Cara memasak:
* Panaskan periuk dan minyak untuk menumis.
* Setelah minyak panas masukkan bahan yang diblend hingga wangi dan garing.
* Setelah garing masukkan air asam jawa dan belacan.tambah air biasa tengoklah nak kuahnya banyak mana yang sesuai dengan ikan. Perasakan dengan garam dan sedikit lada hitam.
* Didihkan kuah...kemudian masukkan ikan . agak2 ikan dah setengah masak, masukkan daun kesum. Masak hingga ikan nya betul2 masak.
Hiding panas2…

ok ni pulak kankung goreng belacan, cara tumis sayur mcm biasa je cuma letak belacan sikit, rasanya semua org tau kan camne nak masak sayur..amatlah sesuai dimakan dengan asam pedas ikan pari di atas...
