Blog EntryNasi Beriani ToyosuNov 16, '07 2:14 AM
for everyone

Isnin lepas buat Nasi Beriani daging, ni adalah first time buat nasi beriani, sbb stok beras basmathi baru sampai dari batricom tu yang semangat nak buat tu...amik resepi dr forum diana resepi kakNor... cuma tak guna daun pudina je sbb takde..lauk sampingannya ialah masak tumis nenas dan papedem....

NASI BERIANI DAGING TARAMBO dr KakNor
Bahan-bahannya:
2 tin susu beras Basmathi , (pakai cwn sukat beras je)
2 1/4 tin susu air rebusan daging ( gunakan sukatan tin susu yg sama )
1/4 in susu cair ( takde susu cair pakai susu segar)
250gm buah tomato - di dadu
300gm daging di potong kecil2 dan di rebus dengan sedikit halia
2 sudu besar minyak sapi
dan sedikit garam buat perasa
Bahan-bahan menumis:
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
3 ulas bawang merah di mayang
Bahan-bahan di kisar:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1sudu teh rempah beriani
Bahan-bahan hiasan:
Bawang goreng
Sedikit daun pudina
Sedikit daun ketumbar
Sedikit gajus/badam dan kismis
Cara membuatnya:
=>Tumis bahan-bahan yang nak di tumis dengan 2 sudu besar minyak sapi hingga wangi.
=>Masukkan bahan-bahan yang dah di kisar biar hingga garing sedikit
=>Masukkan daging yang dah di rebus biarkan sekejap.
=>Masukkan buah tomato yg dah di dadu, air rebusan daging, susu cair dan garam sedikit. Biarkan ia mendidih sekejap. Bila dah mendidih tutupkan api.
=>Masukkkan ke periuk nasi letrik dan masukkan beras.
=>Bila nasi 3/4 masak bole la di taburkan gajus/badam, kismis, kacang peas ke kalo ada dan daun ketumbar kalo suka.
=>Jangan lupa di karehkan nasi tu agar nasi di bahagian bawahnya tak berkerak dan masak sekata.
=>Hiaslah nasi tadi dengan taburan bawang goreng dan daun pudina di atasnya nanti.





fahimfudhail wrote on Nov 16, '07
mmmm...nyum2... sedap arr...kirim la ckit utk fahim...
Add a Comment
   
© 2008 Multiply, Inc.    About · Blog · Terms · Privacy · Corp Info · Contact Us · Help

Template design - Copyright © 2005 Bernd Willenberg