Blog EntryOpor Daging PahangNov 13, '07 4:19 AM
for everyone

Di sini nak kongsi resepi Opor daging dari Negeri Pahang, pertama kali makan di rumah Jamilah Sensei, terus terpikat dengan rasa dan aroma nya..apa lagi mintak resepi lah...lepas tu opor daging ni mmg menjadi kegemaran kami sekeluarga

Cara masak mcm biasa je tapi ramuan utama nye ialah kerisik n rempah Opor jenama Puteri...klu dekat Malaysia senang cari kot, kami ni pun kirim pada Nabilah, dptlah sepaket dua, itupun jimat-jimat guna hehehe, satu paket rempah opor ni utk 1 kilo daging, boleh juga diganti dengan ayam...

ramuanya (utk 2 org makan)

350 gram daging (agak2 jelah 1 kg daging tu bg 3 bekas)

2 s/b rempah opor dibancuh dengan sedikit air

1/2 biji bawang besar

2 ulas bawang putih

Beberapa hiris halia

sebatang kulit kayu manis

2 kuntum bunga lawang

2 s/b kerisik

1/2 cwn santan pekat boleh diganti dengan susu segar

Mula-mula kisar bwg besar, bwg putih dan halia hingga hancur, kemudian panaskan minyak dan tumis bunga lawang dan kulit kayu manis hingga naik bau, selepas itu masukkan bahan yang telah dikisar tadi, tumis hingga agak berminyak dan garing, kemudian masukkan rempah opor dan kerisik. kemudian masukkan daging dan biarkan hingga mendidih, jika terlalu kering masukkan secawan air masak dan masak daging hingga empuk, setelah daging empuk baru masukkan santan pekat dan sesuaikan rasa. jangan lupa letak garam ye , sedap dimakan dengan nasi putih dan acar nenas, boleh juga dimakan dengan roti atau roti canai...Selamat mencuba.

Actually buat Opor daging ni hari sabtu lepas sbb kawan nihonjin abang datang rumah, so jamu dengan masakan Malaysia, siap ade papedem, acar nenas ( tak letak lada api), acar buah, nasi putih...promote masakan Melayu.... Acar buah tu Sakinah bagi buah tangan masa pindah dari Nagoya tempoh hari...pada Sakinah diucapkan ribuan terim kasih...


 


Add a Comment
   
© 2008 Multiply, Inc.    About · Blog · Terms · Privacy · Corp Info · Contact Us · Help

Template design - Copyright © 2005 Bernd Willenberg