Salam pada semua kawan-kawan dan pengunjung damiacyan.multiply.com, Di sini ros nak umumkan bahawa Ros dengan rasminya telah berpindah ke Blog atas nama domain Ros sendiri, dah Hari ni 1 January 2010 rasmilah pembukaan Blog Baru Ros iaitu :- http://www.jintanmanis.com aka Bukan Sekadar Masakan , Semoga Blog baru ros ini akan mendapat sokongan dari kawan-kawan di mulitply ini juga. Sokongan dan perhatian dari kawan-kawan semua amat ros hargai, dan ros takkan lupa jasa multiply ini pada ros, insyaAllah satu persatu resepi di multiply ini akan dikemaskinikan dan akan diupload kembali ke Jintanmanis.com. Selamat Menyambut Tahun Baru 2010, semoga Tahun 2010 ini kita akan lebih maju dan bersemangat selalu. Salam dari Ros dan keluarga di Tokyo Jepun. Tepat pukul 10.30 pagi tadi, loceng berbunyi, Takyubin desu , dalam hati abang punye barang kot, bila buka pintu dan tengok nama kt parcel tu, ade nama ros, belek punye belek pengirim nye Kak Fae yang kat Toyohashi tu. ( 私のうでの料理)  Kira ni suprise gak lah, terima kasih Kak Fae, suke tengok acuan roti bentuk star tu, cam tau tau je ros suke bentuk ni, sebelum ni ros ade bentuk silinder je, insyAllah akan di rasmikan tidak lama lagi. Ros suke sangat langsir warna biru tu, nanti ros letak kt pintu rumah ros ya, comel je coraknye. i like it so much.  Kiranye ni hadiah pertama lah sempena besday ros lusa, tak sabar pulak nak terima hadiah dari cik abang, dari amzon.jp, taun lepas dapat hadiah camera E-520 dengan dua lens, tahun ni nak hadiah yang berkaitan dengan camera jugak, nak tau hadiahnye...tungggu bila dah sampai nanti ye, ros akan kongsikan dengan kawan-kawan semua, ni kiranya wishlist ros yang telah dipersetujui oleh big boss, suke suke....  Akhir kata ros ucapkan ribuan terima kasih buat Kak Fae sekali lagi, tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Ros akan gunakan dan jaga baik-baik hadiah akak ni, suke sangat tau, berbunga-bunga dah hati ni.  Pada yang nak bagi hadiah lagi tu cepat, ade masa lagi ni sebelum jumaat, alamat masih available hahahahahahahhaa ( ros gurau je ni) dan pada yang dah wish besday ros in advance ros ucapkan thank you so much, ros sayang kawan-kawan semua.   ucapan dan ingatan kawan-kawan semua menceriakan hari-hari ros.   - Lepas ni adelah resepi roti twinkle twinkle little star pulak heheehehe, nanti buleh buat, sure anak-anak suke, acuan roti untuk ummi yang suke buat roti, terima kasib Kak Fae, bilah dapat jumpe akak lagi ni, datang Tokyo jemput datang rumah ya. Hari ni buat makan-makan sikit, ajak jiran yang terdekat, tapi bukan jiran duduk sebelah rumah, ni jiran Malaysia yang duduk area dekat dengan rumah ros. Semalam ros dah buat siap-siap kek coklat moist, dan bahan-bahan lasagna, hari ni tinggal melapis dan bakar je.  Pagi pulak lepas subuh tadi ros dah mula masak, buat bihun sup dulu, kemudian bahan untuk soto, sosej ball rangup, dan topping kek coklat, akhirnya siap jugak semua menu yang di plan, tapi sayang abang tak dapat join sebab abang tak sihat, dah tiga hari demam, memang terbaring je, takpe nanti dah sihat kita sambut lain kali ok. Tetamu mula datang pukul 1 tengahari, makan-makan dan borak, part ros paling suke tadi, masa potong kek, damia siap nyanyi lagu hepi besday to you lagi, rasa syahdu pulak, ros potong dua kek, satu kek coklat moist satu lagi kek aiskrim yang kak Lin bawak, kek aiskrim ni sedap sangat creamy je bila masuk mulut. Terima Kasih Kak Lin dan pada Kak Aspalia sekeluarga di ucapkan ribuan terima kasih sebab sudi bertandang ke teratak sempit kami ni. Minna, kyou wa honto ni tanoshikatta, sugoku ureshii desu.  kat bawah ni ade beberapa gambar menu yang ros masak dan gambar tetamu yang datang bertandang tadi. kek coklat moist tu ros guna resepi yang selalu ros buat je, senang dan simple bahanye, lagi 5 hari genaplah umur ros 27, rasa baru je 17 tahun hahahahaha , wishlist tahun ni dah berderet dah ni, tunggu cik abang bagi green light, mane lah yang akan di makbulkan nanti tu...heheehehe, tonoshimini.   
 
 
 
 
- Gambar tamu dan gambar ros potong kek tak yah letak lah ye, malu pulak nak tunjuk hehehehee, Jumaat ni 18 dec rasanye tak buat ape-ape kot, sebabnye hari keje kan, mungkin weekends tu baru sambut dengan abang dan anak-anak.  
Assalamualaikum wbt buat semua kawan-kawan, sebelum menulis lebih panjang ros nak mintak maaf sebab lama tak update multiply ni, dah nak dekat seminggu dah. Alasanye ialah, shiken JLPT ( exam bahasa jepun) dah semakin hampir, lagi 5 hari.  Tahun ni ros akan ambil exam di Todai ( Tokyo University) 6 December, exam dari pagi sampai ke petang, sampai umah selaunye dah nak dekat maghrib , tahun ni belajar tak rasa tertekan sangat, kira biasa je, sebabnya Anas dah besar sikit dan ros dah boleh susun jadual, tahun lepas Anas baru 5 bulan, kira mencabar jugaklah sebab Anas masih kecil. Lagi satu kalau weekends tu, ade sesi belajar dengan sensei Yusop, heheheehe, cik abang ros lah, time ni dia garang sangat, nak nangis pun ade, tapi sebab garang tulah senang nak paham, lepas tu ros selalunye bangun awal pagi untuk study, bila anak-anak dah bangun memang tak dapat study sangat sebab di kacau dan sibuk dengan urusan rumah. Objektif ros ambil exam tiap-tiap tahun adalah untuk berkomunikasi dengan baik dalam bahasa jepun, bila dah boleh baca tulisan jepun dan berbahasa jepun barulah luas dunia rasanye, lagi-lagi bila duduk sini, purata orang jepun semua tak tau berbahasa asing, nak gi clinic ke nak jawab telefon ke kira boleh dah sekarang. Alhamdulillah. Oklah pada semua kawan-kawan ros nak minta maaf jika ros ade salah silap, terlanjur kata dan ros harap kawan-kawan semua mendoakan kejayaan ros tahun ni ye. Berkat dan dorongan kawan-kawan penting jugak ni, nak jawab exam yang semua nye tulisan jepun takde sepatah pun alphabet, kanji lagi adedehhh..harap tahun ni ros boleh buat dengan lebih baik dari tahun lepas. Oklah nak sambung buat paper last year pulak ni, kita berjumpe lagi minggu depan ye. Wassalam.  - Gambar ni semua, gambar tahun lepas, ingat nak amik gambar buku bahasa jepun yang menggunung tu, tapi nak pegang camera pun dah takde mood sekarang..hahahahaha...mood membaking ke meroti pun dah lari, minggu depan kena kejar balik ni...rindu dengan semua kawan-kawan nanti ros datang melawat ye. Tunggu...  Hari Isnin lepas, jepun cuti am, sempena hari pekerja, pagi tu ade sesi belajar bahasa jepun bersama sensei yusop, heheehehe, sensei ni garang tau, tapi ape yang di ajar oleh sensei ni senang nak paham, sensei yang tak bergaji. Terima kasih abang ajar ros.  Malam tu pulak kami ke tokyo tower, saje je lalu kt sini, tengok ade illumination, terus parking kete kejap, amik gambar, illumination ni same je dengan tahun lepas, takde pembaharuan pun, tapi kira lawalah, bagi mata budak-budak berdua ni, tak putus putus kakak damia kata, Ummi..asoko kireii ( kat sane tu cantik), anas pun kami biarkan je berlari ke san ke mari, seronok dia naik keretapi sambil ditemani cahaya lampu LED yang berwarna warni tu. Kami kat sane tak lama pun sebab nak gi EON pulak beli barang rumah, mulai tengah bulan november, kebanyakna kawasan bandar Tokyo ni memang dah ade Illumination, contohnya di Lalaport Toyosu, cantik jugak, kat area rumah ni pun dah ade pokok dihiasi lampu, oklah kat bawah ni ade gambar yang sempat di snap malam tu, Tokyo Tower ni pegi banyak kali pun tak jemu-jemu heheehehee   -sempat gak snap dari dalam kete..hehehe -
 
 
-sampai tokyo tower dah, ade mini tokyo tower warna merah tu-
 
    - tengok kakak damia tu, main sampai tak mau balik- Semalam cuaca terang benderang, suhu pun tak sejuk sangat dalam 14 ke 15 darjah je kat luar tu, bila dah siap mandi semua, tiba-tiba kakak damia ajak jalan-jalan, dia kata nak naik train, sebenarnya malas nak keluar sebab abah damia keje hari sabtu tu, jadinya pikir lah nak bawak kat tempat dekat-dekat je.  Lepas je solat zohor dan lunch, lebih kurang pukul 1 tghari, kami tiga beranak pun pegilah toyosu eki (station), naik yurikamome ( monorail) dan menuju ke venus fort, saje je bawak kt sini sebab ade tempat budak-budak main dan agenda paling penting ade tempat jual-jual character kartun NHK dan Totoro. Kakak damia dan adik anas suke sgt character ni semua. Bila sampai kebetulan ade bazar sayur dan buah seantero jepun, seronoklah ummi, jalan-jalan makan, sbb semua kedai ade sediakan hirisan buah untuk dirasa, sempat lah beli apple dari amori, yang sungguh rangup dan sedap, lada besar dan kacang botol dari okinawa, dalam kepala terus fikir nak buat sambal belacan malam ni yeay. Lepas penat shooping dan amik gambar, ( masa ni ala-ala tourist lak) muahahaha, bawak anak-anak ke toyota motoshow kt bangunan sebelah tu, tak tengok kete pun cuma bawak diaorang ke ruang mainan je, biar main sampai penat, dah puas main tu kakak damia ajak balik, pukul 3 petang kami pun bertolak balik, naik yurikamome, sampai rumah lebih kurang pukul 3.30 petang, tapi sebelum tu, lebih kurang lagi 200 meter dari rumah, kakak damia tak larat jalan dah, last-last ummi letak je kakak damia dalam stroller, tolak dua-dua sekali hehehehehe, nasib baik muat. Itulah cerita sepanjang kami outing semalam, takde abah pun jadi nak keluar, tak kisah lah janji anak-anak gembira walaupun ummi kepenatan sikit nak handle dua dua kanak-kanak riang ni.    Bangunan Rumah kami, ros duduk tingkat 12-  -Bangunan no.5 Toyosu- - lalu taman dulu sebelum ke station- - takyah beli tiket dah -  - ni lah train yurikamome-  -sampai dah di station aomi ( venus fort)-   
 
-barang-barang di totoro shop, sape yang dah tengok movie totoro sure tau character ni-
 - NHK CHARACTER SHOP-
   - bazar di venus fort-   - take org nak amik gambar ummi, ummi amiklah gambar sendiri dalam lif muahahaha. - Hari ni rajin pulak nak mengambil gambar bentou untuk abang, saje nak kongsikan ngan kawan-kawan lain, ni lah rutin ros pagi-pagi, siapkan bekal, tak kisah lah menu ape pung, janji ade, kalau rajin tu ros buatlah menu special sikit, kalau takde idea tu kadang-kadang nasi goreng je. Mari kita tengok ape menu dalam bekal ni...???? orang jepun kalau wife buatkan bentou untuk suami diaorang panggi aisai bentou, sebabnya wife masak bekal ni penuh dengan rasa kasih sayang. Tak caya tanya kawan-kawan yang duduk jepun sure tau words ni, hehehee  Nasib baik dapat yang tak cerewet pilih makanan, semua abang makan, tapi kebanyakkan menu bekal abang selalunye masakan malaysia lah, sambal ke, masak kicap ke, tapi yang tak berkuah sebab nanti susah nak bawa, hari ni ros buat menu ala-ala bentou kt combini ( convenient store) tu, menu masakan jepun, ade tamogo yaki, salmon grill, tempura kabocha, salad dan pencuci mulut ringo (apple) buat bentuk ala-ala usagi ( arnab) kasi cantik dan beselera sikit untuk di makan, buat tamago yaki tu kena ade kuali dia sendiri, bentuk empat segi, baru senang nak di lapis-lapis. hehehehee   
 
 - Bekas bentou warna hijau ni ros yang pilih, nasib baik abang kata tak kisah, janji jangan beli warna pink aje...masa tengok bekas ni terus berkenan, warna dia kawaiii ( comel) di tambah pula warna hijau pucuk pisang ni memang warna feveret ros.   . Hari ni pukul 1 tengahari tadi ros pegi kelas percubaan bahasa Inggeris buat Kakak Damia, Hari tu dah pegi kt GEOS ni survey, bila dah tanya macam-macam, diaorang suruh Damia masuk trial lesson untuk menentukan grade damia nak masuk kelas mane nanti.  Cadangnye kami akan mulakan kelas English ni tahun depan bulan Januari, InsyaAllah, Kos bulanan pun tak lah mahal sangat lebih kurang 11ribu yen sebulan, sebenarnya nak masukkan Damia Youchien (tadika) , tapi umur damia tak cukup, nak masukkan yang private youchien jauh sangat, kena naik bas pagi-pagi, akhirnya kami decided nak masukkan damia kelas english aje. Nak hantar pun tak jauh, jalan kaki je. Tadi sempat lah tinjau macam mane diaorang uji damia, tengok damia bagi kerjasama yang baik, bila habis session tu , cikgu english tu kata damia boleh masuk kelas yang level 2, sebabnya damia dah tahu ABC, kenal Warna dan Number. Kelas ni berkumpulan, satu kelas nanti ade 4 orang. Boleh lah damia berkawan, itu yang penting, Selain kelas kt GEOS nanti, Ros pun join playgroup yang ade kt jidoukan ( children house), kelas ni free je, Kelas damia hari Jumaat, kelas untuk Anas pulak Hari Rabu, kiranye setiap minggu memang adelah aktiviti budak-budak ni di luar bersama kawan-kawan. Semoga dengan memasuki kelas english ni damia akan lebih senang berinteraksi dan berkomunikasi bersama kawan-kawan, dan boleh lah damia belajar bahasa Inggeris dengan cara yang betul dan berkesan. Kakak Damia Good Luck ye. Ummi dan Abah akan berikan yang terbaik untuk masa depan mu. Sayang Kakak....      - ni antara lukisan kakak damia, tapi lama dah dia buat ni, bila lupa dah, saje nak kongsi ngan kawan-kawan semua, heheehe, gambar atas tu doraemon kurus, hehehee, bawah ni neko cyan ( kucing) dan satu lagi tu karektor dalam program kanak-kanak NHK yang damia suke, damia ni...suke sangat melukis, tapi mewarna tak pandai lagi...tukang kacau dah tentu adik Anas..sibuk je nak membaca jugak, kalau nampak kakak damia bukak buku..Ros juga akan berusaha mengajar damia english, bahasa jepun dan bahasa melayu, serta mengaji mukkadam Alif-Ba-Ta, kalau tengok ros nak solat tu sibuk je dia dok sebelah dan tiru ape yang ros buat heheehehe, Kakak Damia Gambatte Kudasai...  and be a good girl ok. Masa abang balik je dari singapore tu abang suruh buka beg bagasi, abang kata dalam beg tu semua hadiah untuk ros, tengok penuh satu beg, tapi bukan dari abang, dari kawan maya yang ros kenal di multiply. Nama nye kak Nur Hidayu, kak ayu nye ni ade homebusinnes kat sane, katering dan jual macam-macam makanan frozen, kami pada mulanye bertegur melalui multiply ni, bagi komen dan terus berchatting, kebetulan abang nak ke sana minggu lepas, ros kirimkan buah tangan dari jepun khas buat kak ayu, arrange kan plan untuk abang dan suami kak ayu berjumpe di pan pacific hotel, tapi sayang abang kata tak sempat jumpe lama, bertukar buah tangan dan terus beredar, segan pulak rasanya sebab ros kasi kak ayu, buah tangan yang kecil-kecil je, harap kak ayu suke lah dengan semua hadiah yang ros bagi tu ye, antara hadiah dari kak ayu ialah seperti di bawah -  1. Buku cupcakes Wilton 2. Dua Tin cream waffers 3. Hadiah beads untuk kakak damia 4. Hadiah Number with white board buat adik anas 5. serbuk kari ayam dan ikan 6. Perencah nasi goreng 7. Set cutleri 8 . Sarung lengan. Banyak kan, bukan untuk ros je, untuk anak-anak pun, paling ros suke buku cupcakes wilton tu, harap lepas ni boleh lentur dan lembutlah tangan ros menghias cup cakes..terima kasih kak ayu, semoga hubungan ukhwah dan ikatan persahabatan kita berkekalan, di sini juga ros nak ucapkan selamat maju jaya bagi perjuangan dan perjalanan kak ayu ke India nanti. Salam sayang dari Ros dan anak-anak dan terima kasih sekali lagi. Sayang akak.         
- Ros amat hargai semua pemberian kak ayu ni, InsyaAllah nanti keluar lah hasil cupcakes dari dapur ros nanti, hihihi, btw kak ayu, wafer coklat tu sangat sedap, anak-anak laju je makan.  Jumaat lepas ros ade dating dengan dua sahabat dari Malaysia, Kak Rubi dan Kak Rashidah, dua-dua ni ade exhibition kt Asian Japan Center, Tokyo.( Pameran makanak untuk negara asia). Kiranya ni lah baru nak jumpe sebab sebelum ni ros hanya berhubung dengan kak Rashidah melalu telefon dan email je. Kak Rashidah ade business kek lapis ( Shidawie Enterpise), dan kak Rubi business frozen food (BeisPro). Jadinya malam tu, kami bercadang nak bawak kak Rubi dan Kak Rashidah jalan-jalan area Tokyo, kebetulan Jumaat malam tu , malam terakhir mereka di Tokyo, jadinya kami ke Tokyo Tower dan pusing-pusing bandar je ( Area Odaiba). Ros tabik lah kat kakak dua orang ni, dua-dua dengan gigih mempromosikan makanan Malaysia di mata dunia, bukan setakat jepun je makanan ni dah dipamerkan, serata dunia juga, kedua-dua kakak ni, ramah dan ceria orangnya, walaupun kami pertama kali jumpe. ( kak Rashidah tudung hitam kak Rubi tudung biru).  Perkenalan kami bermula bila, kak Rashidah baca multiply ros ni, kak rashidah nak cari informasi pasal tokyo, click punye click terjumpe lah multiply ros ni, terus Kak Rashidah call ros, kebetulan masa tu ros beraya di Malaysia, Ros pun bagi serba sedikit informasi cuaca dam musim di Tokyo, dan beberapa keperluan yang perlu dibawa, dari situ lah kami berhubung sehingga lah ditemukan, Pada kak Rubi dan Kak Rashidah, ros nak ucapkan ribuan terima kasih sebab sudi berjumpe dengan ros sekeluarga dan bagi buah tangan, penuh makanan dalam dua beg kertas. Semoga Perniagaan kakak berdua akan lebih sukese dan maju, ade rezeki serta umur panjang boleh kita berjumpe lagi.  
 
 
   - Bukan setakat buah tangan dari Malaysia je ros dapat, makanan lain jugak, Jem strawberry dari Indonesia, Jelly buah-buahan dari Cambodia, Kek lapis Sherbet dan Biskut Cerelac dari Brunei, rezeki kami sekeluarga lah dapat rasa semua ni. Terima kasih sekali lagi buat kakak berdua. Ros suke makan semua tu, sedap-sedap belaka.   Tengok gambar atas tu senyum lebar je dapat buah tangan heheheheeeee Semalam petang, lepas bawak anak-anak sanpo ( jalan-jalan) ros buat nugget ayam, ayam pun telah sedia dinyahbekukan, lagi senang lah keje ros, buat agak banyak juga, dapat satu tuppaware besar, sebabnya senang nanti tiba angin malas bertiup leh buat sebagai lauk anak-anak takpun buat lauk sampingan bentou abang. hehehehe. cuma nye semalam ros tambahkan baking powder dalam nugget ni, biar dia kembung sikit bila digoreng. Resepi nugget ayam ni leh refer kt SINI ye.  Bertambahlah koleksi frozen food dlm esbok tu, hari tu punye donut kentang pun ade lagi, budak-budak ni makan awal pukul 12 tengahari, nanti pukul 3 petang tu dah lapor balik, mulalah mintak makanan, lagi pun kt sini kalau dah pukul tiga memang time makan snack, (oyatsu no jikan), buleh lah ummi goreng donut kentang tu nanti. resepi kt SINI ye.   Lepas tu ros buat pulak sos tomato ataupun kuah untuk spagetti, damia dan anas suke makan spagetti, nanti kalau nak makan terus tumis balik je kuah tomato ni, dan masukkan lah udang ke sotong ke, bebola daging ke, takpun biar kosong je, senang keje dan cepat disediakan, ros letak siap-siap dalam botol kaca kedap udara, letak dalam peti ais, nak guna nanti cedok je dua tiga sudu, resepi ade kat bawah ni.   Bahan-bahan untuk sos tomato ( kuah spagetti) 4 biji tomato segar 4 sudu tomato ketchup ( kalau takde leh guna tomato puri atau sos tomato biasa) 1 sudu kecil oregano 2 biji bawang 1/2 biji bawang besar 3 sudu besar olive Oil garam gula lada sulah Caranya. 1. Blender buah tomato, bawang besar dan bawang putih hingga hancur, kemudian panaskan minyak zaitun dan tumis bahan yang diblender tadi, masukkan tomato ketchup, oregano, lada sulah biarkan betul-betul mendidih dan pekat, masukkan sedikit air jika perlu. 2. Akhir sekali sesuaikan rasa, letak garam dan gula, angkat dan sejukkan, simpan di dalam bekas kaca. sos tomato ni akan tahan dalam seminggu dalam peti ais. kalau nak ambil dua atau tiga sudu kuah tomato ni, tumis dengan olive oil dan boleh masukkan terus bahan-bahan sempingan yang lain, kira macam sos prego lah. Buat sendiri lagi puas hati kan tanpa bahan pengawet.  , penyediaan yang sesuai untuk ibu-ibu yang berkerja atau pun yang tak cukup masa. selamat mencuba.  - ros kalau masak spagetti untuk anak-anak selalunye ros lebihkan masa merebus dan guna spagetti yang halus tu, spagetti untuk salad, supaya senang dihadam nanti. kalau kuah tambah hirisan carrot dan cendawan pun buleh. Bila dah siap masak lauk untuk dinner hari jumaat lepas, tiba-tiba damia mintak makan keki ( kek) ni kes damia terliur tengok kartun donald duck buat kek kat tv lah tu, puas merengek ngan ummi nak makan keki, ummi dia ni malas nak membaking, siap damia dah pegang piring stanby nak makan, ummi dia buat tak tau je, tangguh punye tangguh sampai damia tertido atas sofa sambil pegang piring, bila tengok tak sampai hati, ros pun buatlah mini kek, buat separuh adunan je dari saiz biasa, bila sukat-sukat bahan serbuk koko pulak takde, adedehhh, ape lagi gunakan je milo dan coklat emulco, nasib baik jadi jugak warna coklat nye tu...hehehehe..tulah bak kata pepatah bila tiada rotan akar pun berguna.   Kat bawah ni ade resepi kek mini milo tu, ros guna acuan bulat 12cm je, sebab tu ros panggil kek mini, topping tu pulak ros letak coklat makan biasa je, sib baik ade sikit, ros campur susu dan letak madu, kasi kilat, biar nampak tempting sikit, bila damia bangun terus makan dengan berseleranye, habis separuh kek dia makan sorang je, adik anas pun tumpang sekali makan, malam tu lauk dinner kami, daging masak merah dan tom yam ayam je.  resepi kek mini milo 1 cawan tepung gandum 1/2 cawan gula 1/3 cawan susu segar 1/2 sudu kecil baking powder 1/3 sudu soda bikarbonat 1/3 cawan serbuk milo dicampur 2 sudu besar air panas ( jadikan pes) 1 biji telur 1/4 cawan minyak masak 1/3 sudu kecil sedikit coklat emulco Caranya 1. Ayak tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat, kemudian pukul telur dan gula hingga agak kembang, kemudian masukkan pes milo, coklat emulco dan minyak masak, pukul sebentar. panaskan oven 170 darjah. 2. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dengan menggunakan spatula ataupun senduk kayu, kaup balik. alas acuan bulat dengan kertas minyak dan akhir sekali bakar selama 30 minit. 3. sejukkan atas redai dan toppingkan dengan coklat masakan atau ape jua hiasan yang anda gemari. sesuai untuk si kecil anda, selamat mencuba.  
 
- resepi daging masak merah tu leh rujuk kt SINI ye, ros rebus daging tu dalam pressure cooker, jimat gas, jimat masa, daging pun empuk je bila makan. Hari Sabut lepas 10 Oct damia dan anas dijemput hadir ke jidoukan ( children house) berdekatan rumah ni, sebabnya ade aki matsuri ( perayaan musim luruh), semua kanak-kanak area rumah ni dijemput hadir, ade macam-macam aktiviti yang disediakan.  Tapi masa tu ummi bekesempatan bawak damia je, sebabnya anas masih lagi tak sihat, acara bermula pukul 1 tengahari sampai 3 petang, tapi kami pergi pukul 2 petang, saje malas gi awal sebabnye sure ramai orang punye. sampai-sampai je terus daftarkan diri, dan cuba aktiviti satu persatu, damia seronok je sebab dapat banyak hadiah, ummi sempat snap gambar damia buat calendar je, yang lain tak sempat sebab kena control pergerakan damia, upacara penutup kami gi main buaian dan gelongsor kat taman depan jidoukan tu, kalau tak damia tak mau balik, cuaca pun dah makin sejuk, petang tu kami gi shopping baju untuk anak-anak dan gi beli ovenrenji baru untuk ummi, yeay....hati berbunga dapat oven baru, terima kasih abang...       - Sekarang ni pun sehari dalam seminggu ade aktiviti untuk damia dan anas kt jidoukan tu, untuk anas hari rabu, untuk damia hari jumaat, dapat lah budak-budak ni kenal kawan baru kt sini, ade jugalah aktiviti kat luar, ummi pun dapat kawan baru..ye ye Hari ni meranjinkan diri buat bun kentang, teringin pulak nak makan roti panas-panas, seronok nak membaking sebabnye oven baru, kiranye ni kali kedua lah proses pembakaran berlaku dalam oven baru ku itew, pertama hari sabtu tu rasmikan, bakar kek pisang, manual ovenrenji ni pun habis dah ros baca, kira senanglah nak guna, ovenrenji ni kira ECO konsepnye, jenama Hitachi. Lepas ni buleh lah mengganas untuk meroti lagi.   Lebih dough bun tadi ros buatkan damia mini donut, dia suke sangat makan donut, last-last bun kentang dia tak makan, perabis donut je, ros glaze kan donut tu guna peanut butter dan salut sugar powder je, tambah sedap bila makan dengan milo panas, kat luar pun cuaca dah sejuk. Resepi bun kentang ni ade kt sini ye, ros dah pernah post dulu..cumanya tadi kan ros lupa letak susu tepung, nasib baik tetap lembut, bun kentang ni merangkap menu petang dan sarapan kami esok pagi, dah simpan siap-siap dah dalam tuppaware kedap udara, hari ni mood baik, ros paste lagi resepi tu , buleh jadi rujukan bersama.  ros ade edit tang kuantiti susu dan telur tu, sebab dapat respon dari ramai, dough ni lembik, bila letakkan susu tu ros sarankan letak sikit-sikit ye, kalau dah biasa buat leh agak dah.  Roti Kentang Ros Onigiri 250 gram tepung roti 70 gram kentang yang direbus dan dilenyek baru ditimbang ye 2 sudu besar susu tepung 3/4 biji telur ( dipukul sedikit) 100ml susu segar 2 sudu besar marjerin 2 sudu besar gula 4 gram yis ( 1 sudu kecil) sedikit kastard untuk di jalurkan atas bun ni nanti. bahan untuk kastard 2 sudu besar tepung bird custard 1/2 cawan susu segar 2 sudu besar gula caranya: ( sos kastard) 1. campurkan semua dlm periuk dan kacau hingga pekat, guna api perlahan ye, kacau selalu klu jadi terlalu pekat leh tambah lagi sedikit susu, sejukkan dan baru di paip atas bun nanti. Caranya. ( roti) 1. Kalau ade BM tu leh lah masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan On je, kalau takde masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut ye. 2. Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang elastik. 3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 12 bahagian kecil dah susun atas dulang pembakar.Biarkan naik sekali lagi, gliss permukaan doh dengan baki telur tadi dan paipkan sos kastard di atas permukaan bun . Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit. Ok dah siap Selamat Mencuba...   
 
 
 - sebenarnya roti tu terlebey ireng tu, oven ni 170 darjah suhu buleh tahan panas jugak, tu yang hitam sikit permukaan bun kentang ni, heheehehe, tak biasa lagi gunakan oven baru  Mood beraya kt sini masih ade walaupun bulan syawal hampir melabuhkan tirainya, hari ahad ade kawan-kawan terdekat yang datang beraya, seronok sangat, lagipun lama tak jumpe geng-geng kat sini, ros pun masak ape yang ade kat rumah je, masak laksa penang, kek pisang, dan jamu kuih raya aja, tambahan menu sampingan rojak buah, meriah makan ramai-ramai ni, acara berborak rancak serperti biasa.  Isnin pulak jepun public holiday, hari bersenam, kami ade jemputan rumah terbuka di Yokohama, excited nak gi sebab ni lah pertama kali nak jumpe kak ita Yokohama , selama ni selalu chat dan berhubung melalu dunia blog je, Kak ita buat open house bersama jiran-jiran terdekat rumahnye, seronok juga sebab dapat jumpe kawan baru serta merasa makanan yang semuanye sedap-sedap belaka, anak-anak pun riang je bermain. Kak Juwita ni orangnye cantik, sedap mata memandang, sopan santun, cikgu lah katakan, senyum je sepanjang borak dengan ros, anak dara kak ita ni comel ros suke tengok, rambut panjang lurus, anak bujang kak ita ros tak sempat jumpe sebab masa tu dia tido, kami minta diri awal sebab abang ade urusan lain, kalau boleh nak borak sampai malam, heheehehe, yelahkan bukan senang nak jumpe, tak sempat jumpe kak As Yamagata, takpe kak As lain kali meh datang sini lagi ye, ros pun rindu nak jumpe akak lagi, nanti kita dating lama-lama, semalam Aisha pun ade, Aina makin kawaii lah geram tengok, tak sempat nak amik gambar ngan aisha, rancak jugak berborak dengan ima, macam-macam topik kami bualkan, rupanya rumah ima dengan rumah kak ita tak jauh, nanti ade masa ros gi umah ima pulak ye, sekali lagi ros nak ucapkan ribuan terima kasih atas jamuan hari raya semalam, paling sedap satay ayam...nyum nyum. Pada Kak Ita dan Adnin, ade masa dan kelapangan nanti jemput datang Toyosu, kami tunggu.     - kuih raya ade lagi kat rumah ni, pada sesape yang nak datang tu, bagitau je tau, kami terima dengan hati yang terbuka, Selamat Hari Raya Semua.  Semalam ros buat roti putih, tapi guna breadmaker sepenuhnye, takleh lah nak bentuk-bentuk roti tu, sebabnye terus dibakar dalam breadmaker tu, ni kes gian meroti lah ni, nak di bakar dalam oven, oven dah rosak, uwaaaa..  semalam masak simple je, buat spagetti bolognaise yang tak cukup merah kalernye dan masak mushroom soup segera je, itupun ros tak makan sangat, sebab tak selera, sebenarnye mulai malam tadi ros dah start demam, tak selera lansung nak makan ape-ape, anak-anak dah ok, giliran ummi ni pulak tak sihat, hari ni pun tak tau lagi nak masak ape ni, silap-silap makan maggi je. Oklah layan je gambar roti, mushroom soup instant dan spagetti bolognaise ni ek, resepi roti tu guna yang asas je, ros buat separuh adunan , tu yang nampak roti tu tak tinggi tu bila dibakar, rasa tetap menten lembut dan sedap. 
   - esok atau lusa baru nak gi cari ovenrenji baru, rasa payah juga nak panaskan lauk, cuaca pun makin sejuk kt sini, harap berjumpelah oven idaman kalbu. Hari ni ros nak cerita pasal gathering pulak, di kesempatan ros balik mesia sebulan tu, kebetulan ade masa dan rezeki jumpe kawan-kawan alam maya ni, selalu nye kami berinteraksi melalu internent je, tapi alhamdulillah dipermudahkan semua urusan dan berkesempatan bertentang mata. Pertama sekali bulan puasa tu ros jumpe sakura-emi, emi datang rumah ros kt felda palong 3, seronok jumpe aiman, comel sangat, tapi leh borak-borak jelah, nak jamu makanan takleh, puasa kan, heheehehehe, emi ni lembut je orangnye cakap pun sopan , ingatkan raya nak jumpe lagi tak sempat pulak, takpe emi ade rezeki kita jumpe kt jepun ok, kalau datang tokyo tu meh singgah rumah ye.  Kedua ros jumpe ,kak mizan, di paka terengganu singgah rumah mertua Ima, dan ajak kak mizan join sekali, tapi sayang tak ingat langsung nak amik gambar, lagipun kt rumah orang kan kira segan sikit, kak mizan ros suke hadiah yang akak bagi tu, cantik sangat, nnt ros pakai ye. Kak mizan ni pun ramah orangnya, baik hati dan sejuk mata memandang, anak-anak pun comel belaka. Ketiga ros jumpe Kaknor pada hari raya ke tiga, kaknor buat open house, makanan punye lah sedap, rasa semua nak makan, rumah kaknor pun cantik, dah jumpe sedara ni lagi lah seronok, berborak tak ingat, kaknor ni orangnye lemah lembut jugak, sopan dan pandai layan tetamu, bicara teratur je, pandai masak dan anak-anak baik-baik belaka, kaknor terima kasih atas hadiah yang kak nor bagi tu , ros akan simpan elok-elok, tanda ingatan persahabatan yang terjalin mesra, terima kasih banyak-banyak kak.  ke-empat ros jumpe Kak ina KL, pagi sabtu sehari sebelum ros balik jepun, Kami sarapan dekat kedai di bandar sri permaisuri, Kak ina memang ramah orangnye, ade je topik kami bualkan, sempat gak berposing sakan kt kedai tu, kak ina terima kasih jugak atas hadiah tu, ros bawak balik jepun tau, serunding tu pun sedap sangat, tau tau je ros suke serunding...hehheehe, Kak ina ni selain ramah dia juga baik hati dan suke tengok kak ina ni drive, penuh confident, berkeyakinan tinggi orangnye, insyaAllah ade rezeki nnt kita jumpe lagi ye kak, tak puas borak hari tu.  Ke- lima gathering dengan 3 kakak yang sporting habis, kak ham myr, kak intan dan Dr. Inahar, di wangsa maju, ribuan dan jutaan terima kasih buat kakak bertiga yang sudi jumpe ros, dan kakham yang sudi ambil dan jemput ros, sepanjang perjalanan memang tak henti-henti lah berborak, kak ham memang ramah, sampai pulak restoran laksa penang tu dr.Inahar dah setia menunggu, tunggu pulak kak intan dari ipoh, bila semua dah sampai, sakan lah kami berbual, Dr. Inahar terima kasih ye kak, belanja kami semua hari tu, moga murah rezeki akak sekeluarga. Kak intan yang terselah sifat ke-ibuan nye, ros suke, Dr. Inahar yang sentiasa tersenyum, cantik orangnye. Masa nak balik tu rasa sedih pulak nak berpisah, shaydu kejap, memang tak puas lah lah jumpe hari tu . Tidak lupa juga terima kasih atas segala hadiah yang diberikan, ros akan simpan sampai bila-bila, comel sangat hadiah tu. Sayang kakak-kakak semua.    
 - wajah dr. inahar yang di make-up sikit, hehehehehe atas permintaan tuan punye badan  -   - kak intan ni lah menu yang ros makan masa kt restoran hari tu, sempat gak ros snap sebelum di ngap heheehehehe  -  - air pun sedap- - pada kawan-kawan yang tak sempat jumpe hari tu, insyaAllah ade rezeki ade kesempatan kita jumpe di lain masa ye, tunggu ros balik for goods ok. Akibat pertukaran cuaca dan suhu yang mendadak, kakak damia dan adik anas jadi tak sihat, bila bertolak dari KL cuaca 30 darjah, sampai je narita airport 19 darjah, esoknye pulak suhu turun jadi 18 darjah, badan budak-budak pun terkejut agaknye, tu yang terus demam dan tak bermaya tu. Sekarang Jepun tengah Musim Luruh.  Ditambah lagi pula hujan je sepanjang hari, esok jepun akan dilanda ribut, ribut ni namanye ribut Melor, ribut asia, hari ni hujan biasa tapi esok dijangka hujan akan bertambah lebat diserta angin yang bertiup kencang, memang dua tiga hari ni duduk rumah jelah, tak gi mane-mane, basuh baju pun sidai dalam rumah je, macam pajak gadai dah umah ni, baju bersangkut sane sini. ubat anak-anak memang dah stanby dah, dari mesia, so far hari ni condition anas dah semakin pulih, cuma kakak damia je nampak lembik sgt tu, malam tadi pun muntah-muntah, habis futon kena, selera makan lansung takde, macam-macam dah makanan feveret kakak damia ummi masak, masih dia tak berselera, dok terbaring je atas sofa tu. Adik anas pulak batuk dan muntah susu, minum susu je keluar balik, memang ummi sibuk jelah melayan ragam anak-anak yang tak sihat ni. Nak updates cerita pasal raya dan jalan-jalan kt mesia pun takde mood lagi ni, nantilah bila anak dah sihat insyaAllah ros akan kongsikan bersama, semoga damia dan anas akan cepat sembuh dan semoga taufan Melor esok berlalu cepat dan tidak membahayakan...amin....   - Nanti bila anak-anak dah sihat baru leh panaskan enjin balik kat dapur tu, sekarang ni masak memang simple je, rindu nak meroti, membaking dan rindu nak meronda rumah kawan-kawan semua. Doakan anak-anak ros cepat sihat ye.  Assalamualaikum wbt..tadaima ( saya sudah pulang), semalam tepat pukul 9 malam ros dah selamat tiba di rumah toyosu. Perjalanan ke tokyo 7 jam, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar cuma anas je tak reti duduk diam dalam flight...budak baru dapat kaki lah katakan, berjalan je kejenya, tido pun selelap, nasib baik kakak damia elok je duduk kt tempat dia tak meragam langsung, dapat lah ummi handle adik anas.  cuti sebulan di malaysia kampung halamanku amat bermakna sekali, sebulan rasakan bagai seminggu , berjalan je, raya sakan, semua pulun, berat badan pun naik 2kg ni, yelah kan bukan selalu dapat balik, pantang nampak makanan depan mata semua nak rasa, selain tu sebelum raya, sibuk buatkan mak dan adik-beradik kuih raya, masa raya sibuk pulak berulang ke terengganu, negeri sembilan, selangor dan Kuala Lumpur melawat ahli keluarga dan kawan-kawan lama. Paling seronok dapat bertentang mata dengan rakan blogger, pertama jumpe sakura-emi, kedua jumpa kak mizan, ketiga jumpe kaknor, ke-empat jumpe kak ina KL ke lima, kakham myr, kak intan dan dr.Inahar, tidak lupa juga kawan-kawan yang lain sentiasa bagi sms dan call, gembira sangat, pada yang bagi hadiah dan kad raya tu, ros nak ucapkan ribuan terima kasih. Ade rezeki kita jumpe lagi ya. Oklah nak nak sambung berkemas barang-barang yang berkotak-kotak tu, isyaAllah ros akan kembali bersiaran dalam dua tiga hari lagi, tunggu......  perasan lah ni...ade ke yang rindu ngan ros...sape rindu dengan celoteh ros angkat tangan....rumah ni pun dah bersawang dah ni, nak bersihkan dulu...heheeee  cerita dan gambar raya akan ros kongsikan nanti. Dalam dingin subuh hati ku terusik, kenang nasib diri di rantauan....bergema takbir raya, menitis air mata...terkenang suasanan permai Felda...sob sob...sebab lagulah ni lah ros tempah tiket terus balik kampung tau....uwaaa....  Dah setahun tak balik Malaysia, teringat mak abah, adik beradik dan sanak saudara, meriahnye Aidillfitri di kampung halaman, Balik kali ni memang semata-mata untuk keluarga, kalau nak fikir duit memang kena banyak belanja lah, tapi duit boleh dicari, masa bersama keluarga tu yang penting, Esok tepat pukul 10.30 pagi ros akan berangkat pulang bersama anak-anak je, abang tak dapat cuti lama, so kami terpaksa balik asing-asing. Balik Malaysia dan Balik Jepun pun tak dapat tiket yang same, tiket MAS Airlines dah habis, abang kena naik cathay pacific airlines, dalam hati ni risau gak sebenarnya, takut tak terhandle dua orang budak tu dengan beg lagi, satu ros akan tolak naik storeller dan sorang lagi ros akan kendong. Semoga Kakak damia dan adik Anas tak meragam sepanjang 7 jam dalam Kapalterbang esok. Ros balik dari 5 sep sampai 4 Oct, ros akan duduk di negeri sembilan dulu, raya pertama petang baru bali Terengganu. Pada kawan-kawan blogger yang dah bagi alamat dan no. telefon untuk dihubungi tu ros akan hantar kad raya berserta buah tangan dari jepun ni, hadiah tu walaupun kecil dan tak berapa bernilai, ros harap nanti kawan-kawan akan hargai, ikhlas dari ros sebagai tanda persahabatan, so tunggu ros balik mesia baru akan di pos...heheehee  , dan kalau ade rezeki buleh jumpe.  di sini ros bagi alamat dan no telefon yang boleh kawan-kawan hubungi Rosmarlina Binti Abd Gani 229 Felda Palong 3 73460 Gemas Negeri Sembilan no tel rumah-06-4630122 no hp : 013-3056982 ( boleh mula dihubungi hari isnin 7 sep 2009) Hari ni banyak lagi kerja yang nak dibuat, nak bersihkan satu rumah dan packing lagi baki barang tu, kalau ros tak sempat ziarah blog kawan-kawan sebelum ros balik esok, ros mintak maaf banyak-banyak ya, dan di kesempatan ini juga, ros nak ucapakan Selamat Hari Raya Adilfitri 1430hjr Maaf Zahir dan Batin.
| |